KHIDMAT

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Berikut adalah di antara perkhidmatan yang disediakan.
* tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

1 – Register : Bayaran: PERCUMA
Kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk urusan pendaftaran. Kami akan membantu daripada segi nasihat berdasarkan pengalaman. Bakal pembida dikehendaki memberikan maklumat penting seperti nama penuh, nombor ic, alamat surat menyurat dan juga nombor handphone selewatnya 3 atau 4 hari sebelum tarikh lelongan.
.
2 - Survey :Bayaran: Bergantung jarak lokasi hartanah.
Kami bersedia melakukan survey atau tinjauan terhadap sesuatu hartanah yang bakal dibeli. Kami akan memberi satu laporan ringkas tentang hartanah/tempat tersebut. Laporan tersebut akan memudahkan bakal pembeli untuk menilai hartanah tersebut. Kami juga akan memberi segala maklumat yang diperlukan seperti keadaan persekitaran, kadar sewaan serta potensi masa depan di kawasan tersebut.
*
Nota 1:
Segala maklumat yang diberikan dalam laporan survey adalah berdasarkan kepada penelitian dan pengalaman kami sahaja.  Pembida dinasihatkan untuk membuat penilaian balas dan mengkaji kesesuaian hartanah tersebut sebelum mengambil keputusan untuk membuat bidaan. Pembida adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap keputusan yang diambil.
Nota 2:
Perkhidmatan survey hanya diberikan kepada bakal pembeli yang betul-betul serius sahaja dan tertakluk kepada masa yang kami ada.
Nota 3: 
Buat masa ini perkhidmatan survey hanya disediakan untuk kawasan sekitar lembah klang sahaja.

4 – Bidding (sessi lelongan) : Bayaran: Amat berpatutan dan boleh dirunding
Kami bersedia ke sesi lelongan mewakili tuan/puan untuk membida hartanah tersebut(bagi mereka yang tiada masa).
Kami juga boleh membantu dalam penyediaan bank draft jika perlu.
Apabila menang sesi lelongan, kami akan mengambil kontrak,menghantar kepada pembeli(anda), hantar salinan kepada peguam, pegawai bank.

LOAN DAN LAWYER
5-Kami bersedia menguruskan segala urusan rumah lelong yang berkaitan dengan loan dan lawyer. Pembeli hanya perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan sahaja.

6 – MEMBAIK PULIH RUMAH
Kami bersedia mencari kontraktor yang sesuai bagi membaik pulih  rumah tersebut sehingga anda atau penyewa boleh masuk dengan selesa. Bagaimana pun segala kos membaiki akan ditanggung oleh pembeli.Para pembida disarankan agar mengambil kira anggaran kos untuk baik pulih sebelum masuk membida.

7 - MENCARI PENYEWA
Kami bersedia membantu anda untuk mendapatkan penyewa yang sesuai untuk hartanah tersebut. Kami akan menjalankan sesi temuduga terhadap bakal penyewa bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja. Setelah mendapat penyewa yang sesuai kami akan mencadangkan kepada tuan rumah untuk menerima penyewa tersebut dan tertakluk kepada persetujuan tuan rumah. Bayaran untuk servis ini adalah sebanyak 1 bulan sewaan.

8 - MENYEDIAKAN SURAT PERJANJIAN SEWA
Kami turut menyediakan khidmat bagi menyediakan dokumen perjanjian sewaan di antara pemilik dan penyewa rumah. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan.

9 -KUTIPAN SEWA:
Kami turut menyediakan kutipan sewaan rumah dari penyewa dan memasukkan bayaran ke akaun tuan rumah.Bayaran untuk servis ini adalah sebanyak RM 50.00 sebulan untuk setiap unit .

MAKLUMAT PENTING UNTUK BAKAL PEMBELI/PEMBIDA:
Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan pinjaman bank sila pastikan anda tidak mempunyai masalah seperti black list,ctos,ccris,bankrap dan sebagainya. Pastikan juga anda tidak mempunyai commitment yang terlalu banyak. Perlu diingatkan bahawa bayaran deposit yang telah dibayar kepada bank pelelong  tidak akan dipulangkan sekiranya anda gagal menjelaskan baki belian dalam tempoh yang telah ditetapkan sama ada melalui pinjaman bank atau pun secara tunai. Oleh itu sebelum membuat sebarang bidaan sila amati perkara-perkara yang dinyatakan tadi.

Antara perkara lain yang perlu anda pertimbangkan sebelum mengambil keputusan untuk membida mana-mana hartanah:
-membaca dengan teliti perisyitiharan jualan(POS) dan memahami  syarat-syarat jualan(COS) terutama sekali berkaitan dengan  tunggakan(samada dibayar oleh pihak bank atau sebaliknya)

*Periksa commitment kat bank (PENTING!)
*jumlah pinjaman maksimum yang boleh diberikan oleh pihak bank.


Lain-lain makluman:

 -Anggaran bayaran lawyer (Selalunya lebih kurang RM4,000.00 untuk rumah di bawah RM100,000.00)
 -Anggaran bayaran bulanan kepada bank (boleh rujuk pada kalkulator pinjaman rumah pada blog ini)

Makluman Tambahan:
Sukacita dimaklumkan bahawa anda sama sekali TIDAK AKAN DIKENAKAN SEBARANG BAYARAN sekiranya  anda hadir sendiri ke sesi lelongan dan membuat bidaan sendiri. Bayaran hanya akan dikenakan sekiranya anda menggunakan khidmat kami.

*sekiranya ada sebarang kemusykilan sila hubungi saya di 019- 383 0367

Terima kasih kerana berurusan dengan kami.-SYED

 
2011 MALAYSIA AUCTION ZONE | Blogger Templates for Over 50 Chat Sponsors: Malaysia Property Millionaire Club, Auction Mall

hostgator discount Ping my blog HyperSmash Check Plagiarism